Wednesday 19 March 2014

Dimanakah letaknya peranan editor majalah muzik underground tempatan??




Dimanakah letaknya peranan editor majalah muzik underground dimalaysia ni? tak guna jadi editor sebuah majalah yang lu rase 100% total memperjuangkan Underground muzik .sedangkan  band2 dan review yg lu buat hampir 95% adalah band2 luar dari malaysia.kalau lu rase dah tak ada band2 UG(Underground) kat malaysia ni,gua harap lu cuba lah buka mata luas2.gua rasa bersepah band2 UG kat malaysia ni yg muncul.lu sebagai editor jangan cakap tak tau pulak..gua rase mostly editor2 dalam malaysia dan kat luar tu semua ada guna email,fb,myspace.twitter dan sebagainya. so dimana letaknya peranan editor di malaysia ni. sepatutnya editor di Malaysia ni lebih mengketengahkan band2 UG di malaysia ini kepersada muzik UG di luar sana. kenapa? malu ke nak Interview dan Review band2 tempatan? dah tak Underground dan true ke?? band2 tempatan ni, jangan fikir band2 mat saleh kat luar tu underground sangat dan true, cara UG di luar kita tidak boleh mengikut 100% kita di sini ada batasannya.  so kepada editor2 berkenaan tak perlu lah lu nak abiskan masa Interview band kat luar sana,(bukan tak boleh) kalau boleh cubalah bantu band2 tempatan supaya dapat di kenali di luar sana.. dan kepada band2 UG  tempatan pula, jangan nak sombong, tujuan editor hanya untuk membantu mengetengahkan band anda. kepada editor2 pula jangan lah nak bersusah payah korek sana sini untuk dapatkan review Underrated band. sedangkan band2 sebegini pun dah tak aktif lagi, teknologi semakin berkembang metal head sekarang pun dah pandai untuk mendapatkan info2 band lama, kebanyakkan Info terletak di Hujung jari anda sahaja. Click dan Google, gua rasa semua orang pun faham mengunakan kaedah ini, so kepada band yang tengah aktif ni , pihak editor tolonglah bantu mereka, band2 yg telah lama berkubur tu biarkan sahaja, pelapis baru harus di jaga. 

Sebab utama dan kebanyakkan editor menyalahkan band2 yang menggunakan teknologi terkini seperti webzine,FB, dan perbagai media sosial dah tak Underground lagi. bagi gua teknologi ini kita tidak boleh dihalang dan menghentikan , sesuai dengan peredaraan masa. tidak kira apa jua teknologi sekarang bagi gua Underground spirit tetap ada dalam diri lu... 

No comments:

Post a Comment